Rabu, 23 Januari 2013

Tabahkan hatiku

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini dipencilkan
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai
Namun ku tahu ada hikmahnya
Tiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati
Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah yang kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan
Kini di sini ku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malamku diselubungi resah

perjalananku masih  jauh hendakku gapai seorang diri
dalam mencari erti penghidupan yang lebih bermakna

lebih ramai yang menuding jari dari menghulurkan tangan ketika ku jatuh
semoga akan ku temui rakan yang sentiasa ada bilaku perlu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan